Membawang Hari Ini

Pekin menangis kerana Jejak Warriors

BIAR watak kecil, asalkan beri impak besar. Itu pendirian Pekin Ibrahim dalam membuat pilihan bagi sesuatu watak lakonannya.

Pelakon yang muncul hebat dalam beberapa filem seperti Bunohan dan Villa Nabila ini memegang watak sebagai bapa kepada pelakon utama, Wan Raja dalam filem Jejak Warriors.

Meski pun kemunculannya hanya untuk beberapa babak, Pekin mengakui terkesan dengan filem tersebut yang banyak mengungkap kisah persaudaraan dan semangat sepasukan.

“Saya menangis tonton filem ini. Ada dua sebab, satu kerana saya berpuas hati dengan lakonan yang saya beri. Bagi saya, kalau nak jadi pelakon yang baik, saya tidak kisah sama ada watak kecil atau besar. Yang penting, kalau watak tu tak ada ia beri kesan kepada perjalanan cerita.

“Yang kedua kerana filem itu sendiri. Saya memang dah lama nak bekerja dengan pengarah, Saw Teong Hin dan dengan Jejak Warriors saya dapat bekerjasama dengan beliau. Elemen kekeluargaan, pengembaraan seorang kanak-kanak dan semangat pasukan, semua itu menjentik emosi saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pra tonton filem tersebut, baru-baru ini.

Dibintangi pelakon muda, Alif Firdaus dan beberapa pelakon lain seperti Nadiya Nisaa, Allahyarham Harun Salim Bachik serta barisan pemain The Red Warriors (TRW), filem sulung terbitan U2 Media ini sedang rancak ditayangkan di pawagam.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");