Sukan Hari Ini

Pemain letih harungi jadual padat

KEKALAHAN skuad Harimau Malaya 0-10 dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi ketiga kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, kelmarin akhirnya mengubah pendirian Dollah Salleh apabila beliau meluahkan hasrat meletak jawatan sebagai pengendali kebangsaan.

Sebelum ini Dollah bertegas untuk tidak meletak jawatan dengan menyatakan beliau bukan pengecut walaupun diaibkan 0-6 kepada Palestin pada aksi kedua kelayakan itu, Jun lalu.

Bagaimanapun pendirian itu nampaknya berubah selepas Harimau Malaya tewas kepada UAE, sekali gus mencatat kekalahan terburuk dalam sejarah bola sepak negara.

Mungkin tersentak dengan keputusan perlawanan ketiga itu, Dollah tidak menolak kemungkinan akan melepaskan jawatan pembimbing pasukan kebangsaan dalam masa terdekat.

“Saya tak tahu tetapi mungkin juga. Apa pun tunggu dan lihat dalam tempoh dua atau tiga hari ini,” katanya.

Mengulas prestasi pemainnya, Dollah terus mendendangkan alasan sama dengan menyifatkan persiapan skuad kebangsaan tidak mencukupi terutama selepas mengharungi jadual liga tempatan yang padat.

“Seperti yang saya katakan, persiapan kami hanya tiga ke empat hari. Bukan mudah nak main macam UAE yang saya katakan mereka pasukan terbaik di Asia. Pemain kami pula keletihan mengharungi jadual padat liga dan sebab itu mereka tak dapat menyaingi tempo permainan UAE,” katanya.

Bagaimanapun Dollah berkata, beliau sama sekali tidak menjangka menerima kekalahan terbesar itu.

Malaysia akan menanti kunjungan Arab Saudi yang membelasah Timor Leste 7-0 di laman sendiri, untuk perlawanan keempat di Stadium Shah Alam, Selasa ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");