Sukan Hari Ini

Piala AFF B-19: Malaysia mara ke separuh akhir

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Muda C (Bawah 19) mara ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF B-19 selepas pendahulu kumpulan B, Vietnam menewaskan Myanmar 2-0 pada perlawanan terakhir kumpulan itu di Stadium Nasional Laos di Vientiane, hari ini.

Malaysia mengiringi Vietnam ke separuh akhir kejohanan tahunan itu berikutan kelebihan perbezaan gol berbanding Myanmar walaupun kedua-dua pasukan berkongsi tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan peringkat kumpulan.

Pada perlawanan hari ini, Vietnam memperoleh gol menerusi Tran Duy Khanh pada minit ke-41 dan Ha Duc Chinh pada minit ke-78.

Malaysia dijangka berdepan cabaran sukar apabila bertemu juara kumpulan A, Thailand, yang juga juara tiga kali kejohanan itu, manakala tuan rumah Laos, yang muncul naib juara kumpulan A akan menentang Vietnam di separuh akhir.

Kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung di gelanggang yang sama pada Rabu ini.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan yang mula diperkenalkan pada tahun 2002 itu adalah muncul naib juara pada 2005, 2006 dan 2007. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");