Perak Hari Ini

PM Saksi Perlawanan Akhir Badminton PTIWRBNM 2015

IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah meluangkan masa untuk hadir menyaksikan perlawanan akhir badminton bersempena Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia (PTIWRBNM) 2015.

Beliau tiba kira-kira jam 3 petang di Dewan Seri Perdana, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Hulu Kinta, di sini.

Pertandingan tersebut menyaksikan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang turut bertanding mewakili Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI).

Rosmah yang bergandingan dengan Datin Seri Lee Sun Loo, isteri Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah berjaya menewaskan Datin Noraini Salleh dan Puan Sri Genevieve Kitingan yang mewakili pasukan Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Sabah (BAKISA) dalam perlawanan regu pertama dengan keputusan 15-1, 15-0.

2 (4)

Walaubagaimanapun, BAKISA telah memberikan saingan sengit dengan mencatatkan kemenangan bagi tiga perlawanan berturut-turut iaitu regu kedua 15-2, 15-3, regu ketiga 15-7, 15-7 dan regu keempat 15-10, 15-7.

Keputusan tersebut membolehkan BAKISA mencatatkan kejayaan sebagai johan Perlawanan Akhir Badminton PTIWRBNM 2015 yang telah menewaskan BAKTI dengan keputusan 3-1 setelah bertarung lebih dua jam di gelanggang.

Manakala tempat ketiga pula jatuh kepada pasukan Badan Amal dan Usaha Perak (BAIDURI).

8 (2)

Sementara itu, BAIDURI telah merangkul kedudukan sebagai johan keseluruhan bagi acara Tenpin Boling yang berlangsung di Ampang Superbowl di Ipoh Parade, dengan mengalahkan BAKISA di tempat naib johan dan BAKTI di tempat ketiga.

Perdana Menteri kemudiannya telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang dengan disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut kelihatan hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bertemakan ‘Budayakan Sukan, Akrabkan Hubungan’, PTIWRBNM 2015 yang bermula pada Rabu lepas melibatkan penyertaan seramai 536 peserta daripada 14 kontinjen seluruh Malaysia dan telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");