Jenayah

Polis rampas senapang buatan sendiri, peluru hidup

KOTA TINGGI: Polis berjaya merampas senapang dipercayai buatan sendiri serta 14 butir peluru hidup milik seorang perniaga buah-buahan dan daging babi hutan di Batu 4, Jalan Mawai-Mersing berhampiran Kampung Bukit Samsu pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, lelaki India berusia 35 tahun yang berasal dari Ulu Tiram itu telah ditahan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi ketika sedang menunggang motosikal di kawasan tersebut.

Menurutnya, suspek juga mempunyai lima rekod kesalahan lampau melibatkan kes jenayah dan telah pun menerima hukuman cuba untuk melarikan diri namun berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan.

“Pemeriksaan ke atas pakaian suspek menemui empat butir peluru jenis bore warna merah bertulis Winchester 12 GA, sebuah telefon bimbit jenis Nokia beserta satu sim kad serta sebatang besi berukuran lebih kurang tiga inci.

“Manakala pemeriksaan ke atas motosikal suspek berjaya menemui satu bungkusan plastik warna biru diikat menggunakan getah hitam yang berada di dalam bakul motosikal.

“Pemeriksaan ke atas bungkusan itu terdapat dua barang yang dibalut dengan stokin warna merah didapati satu laras senjata berukuran dua kaki setengah dan satu udi senjata yang dipercayai selaras senapang patah buatan sendiri,” katanya pada sidang media di IPD Kota Tinggi, hari ini.

Katanya, pemeriksaan lanjut terhadap sebungkus plastik warna merah yang dijumpai di motorsikal suspek telah menemui satu kotak bertulis postas yang mana di dalamnya mengandungi 10 butir peluru bore.

Tujuh butir peluru jenis bore itu bertulis Winchester 12 GA, satu butir peluru jenis yang sama bertulis Baschieri & Pellagri 12 dan dua butir peluru lagi juga jenis yang sama bertulis GB12.

Tambahnya, suspek yang sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak juga pernah dikenakan sekatan di bawah Kanun Akta Mencegah Jenayah (KAMJ).

“Kes disiasat dibawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 dimana jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau keduanya sekali.

“Suspek turut disiasat dibawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau keduanya sekali.

Jelasnya, suspek juga telah direman selama empat hari berakhir semalam (16 Sept) bagi membantu siasatan dan dibenar ikat jamin sementara menunggu laporan siasatan balistik.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");