Sukan Hari Ini

Postecoglou tarik semula kenyataan

Perth: Jurulatih Australia Ange Postecoglou menarik semula kritikan dilempar terhadap Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) berhubung isu pembayaran menyebabkan pemain kebangsaan memboikot komitmen mereka.

Pemain tidak menghadiri penampilan komersil di Perth semalam dalam apa dilihat menjejaskan hala tuju rundingan masa depan FFA dan Bolasepak Profesional Australia terhadap perjanjian persetujuan bersama dimeterai.

Jurulatih pemenang Piala Asia itu enggan menyebelahi mana mana dan berang terhadap dua pihak terbabit ketika bersiap menghadapi kelayakan Piala Dunia menentang Bangladesh dan bertandang ke Tajikistan minggu depan.

Dalam kenyataan FFA dikeluar semalam, Postecoglou menarik semula kenyataannya.

“Sebagai seorang pegawai kanan Persekutuan Bolasepak Australia saya faham kenyataan dibuat tidak tepat,” kata jurulatih kelahiran Greece berusia 50 tahun itu. – Reuters

-http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");