Panasnya Hari Ini

Sanggup Ikut Telunjuk DAP Asalkan Dapat Jawatan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Terengganu, Azman Shapawi Abd Rani berkata, terdapat beberapa pimpinan yang meraih sokongan sehingga sanggup merosakkan akidah.

Katanya, terdapat juga pemimpin yang bertindak menyertai parti lain hanya sekadar untuk mendapat jawatan dan sanggup mengikut telunjuk DAP serta melihat umat Islam berpecah.

“Biarpun terdapat keahlian di antara 4,000 hingga 6,000 keahlian setiap bulan walau bukan dari kalangan orang kampung, tetapi tidak hairan ada lima hingga 10 orang pemimpin yang keluar parti (PAS).

“Terdapat juga pemimpin yang masuk parti lain hanya untuk jawatan dan sanggup mengikut telunjuk DAP serta melihat Islam berpecah,”katanya, menurut sumber yang tidak mahu dikenali.

 

Menurut sumber itu juga, Azman turut berkata pada masa sekarang masih terdapat sistem sekular yang berkaitan agama terutamanya hudud.

“DAP tolak hudud dan disokong oleh pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB), asalkan dapat memerintah di Putrajaya.

“Dalam sejarah UMNO pula, banyak berlaku penyelewengan duit termasuk isu (derma) RM2.6 billion yang tak tahu asal usul.

“Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim turut difitnah bagi menggantikan Azmin Ali adalah angkara DAP,”katanya.

Menurut sumber itu lagi, Azman turut memperkatakan tentang isu hutang Negara yang bernilai hampir RM800 billion dan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Meskipun hanya dihadiri hampir 60 orang ahli PAS, beliau tetap yakin PAS mampu meneruskan dasar-dasar Islam walaupun terdapat ahli yang keluar parti dan menubuhkan serta menyertai parti politik yang baharu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");