Berita Hari Ini

“Saya Hadir Bukan Untuk Selamatkan PM” – Paul Low

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Senator Datuk Paul Low Seng Kuan menegaskan kehadiran beliau pada Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) di sini pada Rabu bukan bertujuan untuk mempertahankan Perdana Menteri.

Sebaliknya, beliau berkata, kehadirannya adalah sebagai menteri yang bertanggungjawab memerangi rasuah yang wujud di dalam kerajaan pada hari ini.

“Saya di sini bukan untuk menyelamatkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Saya di sini untuk memperjuangkan tanggungjawab saya,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh peserta persidangan IACC.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian persidangan IACC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (IACC) di sini, Rabu.

Pada masa sama, beliau turut menafikan dakwaan bahawa ucapannya pada majlis perasmian persidangan tersebut ditulis oleh Najib.

“Ucapan saya tidak ditulis oleh Perdana Menteri. Ia ucapan saya sebagai menteri yang ditugaskan untuk membanteras gejala rasuah di dalam kerajaan dan atas kapasiti sebagai bekas aktivis,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Mustafar Ali, Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar dan Pengerusi Transparency International (TI) Jose Ugaz.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang dijadualkan untuk berucap dalam majlis perasmian tersebut bagaimanapun tidak hadir.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");