Jenayah

Seorang maut, dua terselamat

Johor Bahru: Seorang maut, manakala dua lagi terselamat selepas Proton Saga dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Jalan Taman Puteri, Taman Puteri dekat Kulai, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.25 pagi itu, S Rutesh Rant, 25, maut di tempat kejadian.

Mangsa yang memandu kenderaan itu dilaporkan terbabas ketika tiba di lokasi kejadian, namun dua penumpang kereta berjaya menyelamatkan diri.

Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kulai diketuai komander operasi PBK II Masnawi Murdjin bersama enam anggota bergegas ke tempat kemalangan selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.27 pagi.

Mereka yang hampir 15 minit kemudian, menamatkan operasi 5.11 pagi selepas mangsa berjaya dikeluarkan daripada kereta.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");