Sukan Hari Ini

Serena cemas

New York: Pemain nombor satu dunia Serena Williams (gambar) mengatasi permulaan buruk sebelum melangkah setapak lagi dalam usahanya melakar sejarah tenis manakala Novak Djokovic dan Rafael Nadal menyertainya pada pusingan ketiga Terbuka AS, semalam.

Serena, yang cuba melengkapkan Grand Slam karier dalam setahun kali pertama sejak Steffi Graf pada 1988, mengalahkan pemain ranking ke-110 dari Belanda, Kiki Bertens 7-6 (7/5), 6-3 di Stadium Arthur Ashe sekalipun melakukan 34 unforced errors dan 10 double faults.

“Saya hanya berjuang merebut setiap mata, satu demi persatu,” kata Serena.

“Saya agak bersantai sebelum ini. Hari ini ia lebih sengit. Harapnya saya boleh kembali seperti sebelum ini.”

Pemain Amerika berusia 33 tahun itu, yang cuba menyamai rekod Steffi 22 gelaran perseorangan Grand Slam dalam era Terbuka dan menang Terbuka AS dengan rekod tujuh kali, meningkatkan rekodnya kepada 50-2 tahun ini dengan kemenangan ke-30 berturut-turut pada acara Slam serta mencerahkan peluangnya mencipta sejarah.

Nadal, pilihan kelapan dari Sepanyol yang juga juara 14 acara Grand Slam, menyingkirkan pemain Argentina, Diego Schwartzman 7-6 (7/5), 6-3, 7-5, bagi kemenangan ke-750 karier pada peringkat jelajah manakala Djokovic kekal dalam laluan bertemu Nadal pada suku akhir selepas menundukkan pemain Austria, Andreas Haider-Maurer 6-4, 6-1, 6-2.

Juara Terbuka Australia dan Wimbledon itu, yang hanya sekali muncul juara pada Terbuka AS 2011, menang 14 daripada 17 permainan terakhir.

“Dari kedudukan 4-4, saya bermain dengan amat bagus,” jelas Djokovic.

Juara bertahan tiga tahun berturut-turut Serena melengkapkan ‘Serena’ keduanya dengan empat kejuaraan utama berturut-turut selepas memenangi Wimbledon Julai lalu sekali gus muncul pemenang Slam tertua.

“Ia tidak membimbangkan saya sekalipun sering ketinggalan,” kata Serena. “Saya sedar boleh melakukan kebangkitan.”

Berikutnya buat Serena adalah rakan senegara dari AS, Bethanie Mattek-Sands, yang menewaskan warga senegara CoCo Vandeweghe 6-2, 6-1.

“Saya perlu bermain dengan lebih baik lagi jika mahu menang,” ujar Serena.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");