Membawang Hari Ini

Siti, Taufik paling banyak tercalon

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan Taufik Batisah mendominasi paling banyak kategori untuk Anugerah Planet Muzik (APM) 2015. Mewakili Malaysia, Siti dicalonkan dalam enam kategori manakala Taufik (Singapura) pula sebanyak tujuh pencalonan daripada 19 kategori yang dipertandingkan.

Anugerah yang akan diadakan pada 9 Oktober ini di Suntec, Singapura, akan disiarkan secara langsung di Astro Ria dan Maya HD bermula jam 9 malam. Lebih istimewa, sempena ulang tahun ke-50 Singapura, APM tahun ini juga mewujudkan satu anugerah yang diberi nama Anugerah Rentas Planet.

Anugerah itu akan diberikan kepada calon artis yang berjaya menempa nama di negara luar dan sudah bertapak dalam seni muzik sehingga meninggalkan kesan mendalam kepada artis lain.

Ketua Bahagian Melayu MediaCorp, Zakiah Halim berkata, pihaknya berbesar hati dapat melihat APM diteruskan lagi pada tahun ini.

“Penyertaan tahun ini cukup sengit dan kami yakin peminat tidak sabar untuk melihat siapakah artis yang akan dinobatkan sebagai pemenang bagi setiap kategori. Buat kali pertama juga ada beberapa penyertaan daripada negara lain seperti Brunei dan kami tiada masalah mengenainya.

“Kami terbuka dalam memberi peluang kepada setiap artis untuk berkarya di rantau ini dan mewakili setiap tiga negara yang dipertandingkan. Justeru, tiada istilah hanya artis Malaysia, Singapura atau Indonesia saja yang layak bertanding,” katanya pada majlis sidang media APM di ibu kota baru-baru ini.

Hadir sama Pengurus Saluran Astro Ria & Astro Maya HD, Raqim Ahmad Ramli serta beberapa calon artis yang turut membuat per­sembahan seperti Sissy Iman, Ronnie Hussain, Elizabeth Tan, Mark Adam, Ryan Sufiyan dan Hazama.

Sementara itu, pendatang baru, Sissy Iman berkata, dia tidak menyangka tercalon untuk kategori Artis Baru Terbaik (Wanita).

“Macam tak percaya kerana saya sangat baru dalam bidang muzik berbanding calon lain mereka semua hebat belaka. Apa pun saya yakin, pemilihan saya ini kerana kekuatan lagu nyanyian saya iaitu Mungkin Kamu,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");