Sukan Hari Ini

TRW tetap jadi pilihan

SAINGAN Kumpulan C Piala Malaysia memang tepat sekali dilabelkan ‘Kumpulan Maut’ berdasarkan undian baru-baru ini dengan penampilan tidak asing lagi tiga pasukan Liga Super iaitu Selangor, Felda United, Kelantan dan wakil Liga Premier, T-Team.

Selangor sekali lagi tampil dengan misi keramatnya iaitu Misi 33, Felda United berazam mengulangi pencapaian tahun lalu mara ke separuh akhir, Kelantan pula semakin menampakkan kebangkitan dan T-Team pasti mahu memadam kekecewaan gagal ke Liga Super musim depan.

Misi berbeza yang dicanangkan keempat-empat pasukan itu sekali gus menandakan persaingan sengit bakal berlaku dalam kumpulan tersebut untuk memburu dua slot ke suku akhir, bermula 11 September ini.

TAK PERNAH GAGAL

Persoalan mula berlegar dalam kalangan penyokong The Red Warriors, mampukah skuad kendalian pengendali sementara, Zahasmi Ismail melangkah lebih jauh dalam saingan edisi ke-89 kali ini.

Meskipun sedar kempen Piala Malaysia sentiasa menjanjikan elemen kejutan, namun suka atau tidak, Kelantan tidak boleh menjadi pasukan pertama ‘bungkus awal’ dalam kumpulan itu.

Ini kerana sejarah membuktikan sejak enam musim lalu, Kelantan tidak pernah gagal melepasi peringkat kumpulan dan ia menjadi penanda aras buat jurulatih berusia 48 tahun itu untuk memastikan skuad kendaliannya tidak kecundang lebih awal kali ini.

MASIH PASUKAN PILIHAN

Tekanan sudah pasti dirasai Kelantan dengan kehebatan Selangor dan Felda United selain bekas juara musim 2012 itu juga tidak boleh memandang sebelah mata keupayaan T-Team, pasukan berstatus kelab yang dibimbing Tomislav Steinbruckner.

Biarpun laluan berliku menanti Kelantan untuk melangkah ke suku akhir namun skuad pantai timur itu sebenarnya dilihat cukup tenang mengharungi situasi getir itu memandangkan mereka sudah lali apabila sering berada dalam kumpulan maut, sejak tiga musim lalu.

Tanpa mengetepikan saingan T-Team, Kelantan yang menamatkan saingan Liga Super di tangga kesembilan masih dianggap pasukan pilihan utk ke kelompok lapan pasukan terbaik sambil Selangor dan Felda United pasti akan merebut satu lagi tiket ke suku akhir.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");