Sukan Hari Ini

Van Gaal, Wooward dikutuk Penyokong Man United

LOUIS Van Gaal dan Ketua Eksekutif Manchester United, Ed Woodward antara individu yang menerima kritikan dan ejekkan paling banyak di laman sosial berikutan tindakan mereka mendapatkan pemain yang tidak dijangka.

Woodward menjadi mangsa kemarahan penyokong United apabila disifatkan sebagai seorang pemimpin yang gagal membawa pemain bertaraf bintang ke Old Trafford.

Penyokong menyenaraikan pemain bertaraf bintang yang gagal dibeli United seperti Neymar, Gareth Bale, Pedro, Cristiano Ronaldo, Muller dan Ramos selain ramai lagi.

Malah kepimpinan United termasuk Van Gaal dicemuh gara-gara kenyataan yang tidak konsisten selain gagal membawa pemain yang mampu memberi keyakinan kepada penyokong bahawa pasukan itu dapat merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Tindakan United menyekat pemindahan David de Gea pula dikatakan satu sabotaj.

Tidak cukup dengan itu Van Gaal dilapor cuba menghapuskan pemain yang pernah berada di bawah kendalian Alex Ferguson.

Sehingga kini lebih daripada separuh pemain telah dibuang dan yang terbaru ialah penghijrahan Javier Hernandez, Adnan Januzaj, Tyler Blackett dan Anders Lindegaard.

Daripada jumlah itu hanya seorang pemain muda yang dibawa masuk iaitu Anthony Martial dari Monaco.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");