Sukan Hari Ini

Waspada dendam lama negara jiran

Berlin: Juara dunia, Jerman akan bertemu Poland pada aksi kelayakan Euro 2016 dengan skuad tuan rumah mahu membalas dendam kekalahan yang berlaku di tangan negara jiran itu, sekali gus membolehkan mereka menduduki tangga teratas Kumpulan D.

Jerman perlu menjaringkan gol di Frankfurt sebelum bertemu Scotland di Glasgow, Isnin depan.

Skuad kendalian Joachim Loew itu kini menduduki tangga kedua kumpulan, ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, Poland yang mengalahkan mereka 2-0 di Warsaw, Oktober tahun lalu, manakala Scotland di tangga ketiga.

Jerman tidak berselindung apabila mahu mengumpul enam mata dari baki dua perlawanan bagi membolehkan mereka kembali menguasai kumpulan.

“Kami tidak lagi boleh sambil lewa,” kata penyerang Jerman Thomas Mueller.

“Ini bukan perlawanan persahabatan – kami akan menghadapinya ibarat ia perlawanan akhir dan pasti sengit.

“Selepas tewas 2-0 sebelum ini, kami perlu menjaringkan gol ketika menentang Poland dan ia misi jelas buat semua.

“Selepas ini, kami akan bermain di Scotland – ia juga tidak kurang sengit.

“Mereka di tangga teratas, manakala kami di tempat kedua. Sudah tentu kami mahu mengatasi mereka, tetapi ia bukan mudah. Kami sedar dengan hakikat itu.

“Kami perlu mempamer kebolehan yang sudah agak lama tidak kami tunjukkan.”

Jerman sedikit tertekan apabila pemain sayap Borussia Dortmund Marco Reus tidak dapat beraksi akibat kecederaan.

Akhbar Jerman Die Welt menyebut, satu kajian menunjukkan kejayaan di Brazil sudah mula pudar dan hanya 13 peratus yang yakin mereka mampu menjulang gelaran Euro 2016 di Perancis nanti.

Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan layak secara automatik, tetapi Jerman tetap mahu layak selaku juara.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");