Sukan Hari Ini

Zico mahu FIFA berdebat

Berne: Calon Presiden FIFA Zico mengalu alukan pencabar berpotensi mengambil bahagian dalam perdebatan awal terhadap badan bola sepak antarabangsa bermasalah itu.

Bekas pemain antarabangsa Brazil terbabit mengirimkan e mel kepada Michel Platini, Musa Bility, David Nakhid dan Chung Mong-joon turut mengesahkan hasrat bertanding dengan mengatakan “FIFA memerlukan debat pada peringkat awal ini”.

“Kami semua bersetuju FIFA perlu berubah menjadi organisasi lebih baik khususnya daripada segi demokrasi dan ketelusan,” kata Zico menghantar satu salinan e mel kepada Reuters.

Presiden UEFA Platini bekas pemain antarabangsa Perancis diletakkan calon utama menggantikan pemimpin FIFA sekarang Sepp Blatter menjelang pertandingan 26 Februari depan. – Reuters

-http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");