Berita Hari Ini

‘Jom sertai Kempen Penurunan Harga Barang’

Johor Bahru: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyeru lebih banyak pemilik kedai runcit di seluruh negara untuk bersama kerajaan dalam Kempen Penurunan Harga Barang.

Menterinya, Datuk Hamzah Zainudin berkata, langkah berkenaan bertujuan memupuk sikap bertanggungjawab peniaga dan pengguna supaya saling membantu sekali gus mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua pihak.

Katanya, walaupun berlaku penyusutan daripada segi hasil jualan, namun pemilik kedai runcit tidak perlu bimbang kerana kerajaan bersedia membantu jika terdapat sebarang permintaan yang relevan mengenai perniagaan mereka.

“Kita mahu menukar budaya membeli, pengguna akan menyokong peniaga tempatan kerana membeli barangan buatan Malaysia manakala pengguna pula memperoleh barangan dengan harga berpatutan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kempen Penurunan Harga Rendah di Point Convenience Shop di Bangunan JB Sentral di sini.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 55 syarikat peruncitan terbesar dan 2,543 pasaraya dengan sebanyak 934,873 barangan sudah menyertai Kempen Penurunan Harga Barang sejak dilancarkan pada Mac lalu.

– Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");