Jenayah

4 wanita tukang urut warga asing ditahan

GEORGETOWN: Polis menahan empat wanita warga asing yang bekerja sebagai tukang urut di sebuah premis di Jalan Sri Bahari, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata tiga wanita Thailand dan seorang wanita Indonesia berusia 24 hingga 44 tahun termasuk seorang wanita tempatan berusia 28 tahun yang dipercayai majikan ditahan dalam
Op Noda kira-kira pukul 8.20 malam tadi.

“Siasatan awal mendapati empat wanita, yang tidak mempunyai permit kerja itu bekerja sebagai tukang urut di premis itu, manakala majikan terbabit ditahan kerana menggaji dan melindungi wanita warga asing berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Katanya dalam operasi itu, polis turut merampas sehelai kertas putih yang mencatat nama dan angka-angka disyaki borang pendaftaran kerja harian pekerja di pusat urut berkenaan.

“Selain itu, polis juga merampas 10 helai resit pembayaran perkhidmatan urut, wang tunai sebanyak RM250 dan peralatan serta barangan yang digunakan untuk mengurut antaranya minyak urut, shampu rambut dan tuala,” katanya.

Mior Faridalatrash berkata pusat urut itu dipercayai beroperasi sejak beberapa bulan lepas dan kes itu disiasat menurut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresn 1963 dan Seksyen 24 Undang-undang kesalahan
kecil Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");