Perak Hari Ini

40 Pasukan Sertai Royal Belum Ironbound Challenge Series 2015

IPOH: Sebanyak 40 pasukan terdiri daripada pasukan tempatan dan antarabangsa bakal menyertai Royal Belum Ironbound Challenge Series yang akan berlangsung pada 9 hingga 11 Oktober ini.

Program yang akan berlangsung di Royal Belum, Perak tersebut telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama SNR Adventure Consultant.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Datuk Shahrul Zaman Yahaya berkata, terdapat sembilan buah negara telah memberikan persetujuan untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan buat kali kesembilan ini.

“Negara yang menyertai pada tahun ini ialah Hong Kong (10 pasukan), Taiwan (3), Indonesia (2), Malaysia (15), Mexico (1), Denmark (1), Jepun (1), New Zealand (2) dan Singapura (5).

“Terdapat empat jenis perlumbaan iaitu ‘short races’, ‘short courses’,’classic’ dan expedition’, ”katanya dalam sidang media yang diadakan di Bangunan Perak Daruk Ridzuan, petang tadi.

 

Katanya lagi, kerajaan negeri melihat penganjuran yang diadakan antara inisiatif yang berjaya dilaksanakan sejak lapan tahun penganjurannya.

“Kerajaan Negeri melihat penganjuran program bertaraf antarabangsa ini antara inisiatif yang berjaya dilaksanakan sejak lapan tahun yang lalu dan ianya telah mendapat tempat dimana antara kumpulan peserta terdiri dari ‘World Ranking Series’.

“Ianya juga merupakan antara usaha untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri Perak bersempena dengan sambutan ‘Malaysia Year of Festival 2015’,” ujarnya.

Perlumbaan tersebut akan berlangsung selama dua hari dengan melibatkan jarak sejauh 127 kilometer (km).

Pada hari pertama perlumbaan, peserta akan melalui perjalanan sejauh 86 km dan 41 km pada hari kedua yang akan meliputi kawasan Selatan dan Utara Hutan Belum.

Para peserta perlu mengikut laluan yang telah ditanda dalam Global Positioning System (GPS) yang dibekalkan kepada pelumba.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");