Berita Hari Ini

Bauksit: Bakal Umum Syarat Baharu

DUNGUN – Kerajaan negeri membuat penelitian semula dan akan mengumumkan syarat baharu kepada pengusaha bauksit yang dibenarkan beroperasi bagi mengelak berlakunya pencemaran alam sekitar.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, beberapa perkara sedang diteliti dan dipertimbangkan supaya cara paling tepat untuk operasi bauksit diluluskan.

Bagaimanapun katanya, pada masa sama tidak timbul permasalahan membabitkan pencemaran atau rungutan lain.

“Setakat ini tiada pencerobohan aktiviti bauksit di tanah kerajaan, yang ada hanya di tanah persendirian. Ada juga syarikat perlombongan yang beroperasi di Pahang, tetapi menggunakan jalan raya di negeri ini menyebabkan kerosakan infrastruktur.

“Sekarang sudah ada operasi penguatkuasaan dijalankan 24 jam, tetapi melibatkan kos tinggi apabila kita terpaksa membiayai ‘task force’, operasi dan sebagainya. Kita sedang teliti dan fikirkan cara terbaik kerana jika operasi disekat sekarang, ia akan menyebabkan peningkatan kos,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena perasmian Pesta Tanglung Peringkat Dungun di Sura Jeti, kelmarin.

Menurut Ahmad Razif, selepas syarat baharu itu dilaksanakan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat atau pihak tidak bertanggungjawab yang menimbulkan masalah.

“Sekiranya operasi luluskan, operator pelaksana akan dikenakan syarat ketat. Mereka perlu bertanggungjawab jika timbul masalah pencemaran atau rungutan orang ramai. Sekiranya ada yang melanggar syarat, kita akan bertindak tegas termasuk menarik balik kelulusan yang diberikan.

“Bagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan dan akan diumumkan dalam tempoh terdekat. Keputusan mengenai syarat baru akan diumumkan selepas perbincangan dimuktamadkan menerusi mesyuarat kerajaan negeri tidak lama lagi,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");