Perak Hari Ini

Bot Karam: Polis Perak Tahan 17 Lelaki

IPOH: Polis Perak telah berjaya menahan seramai 17 orang lelaki yang terdiri daripada warga Indonesia dan penduduk tempatan susulantragedi bot karam di perairan Sabak Bernam pada 3 September lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Osman Salleh berkata, kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun.

“Sindiket ini didapati telah beroperasi di kawasan Jeti Hutan Melintang bermula dari bulan Februari sehinggalah kejadian bot karam yang berlaku di perairan Sabak Bernam, Selangor,” katanya dalam sidang media yang diadakan selepas Perhimpunan Bersama Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak, pagi tadi.

PERAK TODAY 4

Jelasnya lagi, modus operandi sindiket ini ialah dengan mengumpulkan warganegara Indonesia yang ingin pulang dan kemudian mereka ditempatkan di satu tempat yang berhampiran dengan jeti sebagai transit.

“Aktiviti penyeludupan migran ini akan dilakukan pada malam hari bagi mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa,”ujarnya.

Salleh berkata, sindiket ini didalangi oleh kumpulan lelaki warga Indonesia dengan bantuan penduduk setempat bagi memudahkan aktiviti penyeludupan dan juga bagi mengelakkan dari dikesan oleh pihak berkuasa.

“Purata pendapatan yang diperolehi oleh sindiket ini lebih kurang sebanyak RM250,000 hingga RM300,000 dalam tempoh sebulan,” katanya.

Ujarnya, semua suspek yang ditangkap akan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) (SOSMA) kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran.

PERAK TODAY 1

“Hasil siasatan yang dilakukan, pihak polis berjaya menuduh seorang lelaki dibawah Seksyen 26A ATIPSOM yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.

“Manakala sembilan orang lelaki telah diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1953 (POCA) yang boleh dikenakan perintah sekatan sekurang-kurangnya dua tahun atau tidak melebihi lima tahun atau perintah tahanan di pusat pemulihan akhlak tidak melebihi dua tahun,”jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa meskipun pihak polis berjaya menahan 17 suspek, namun pihaknya percaya masih ada saki baki ahli sindiket yang masih bebas.

“Pihak polis menyeru kerjasama orang ramai agar dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian ini kepada pihak polis,”katanya.

Terdahulu, Salleh telah menyampaikan Anugerah Pencapaian Cemerlang 2014 kepada 118 anggota polis semasa perhimpunan bulanan yang diadakan pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");