Perak Hari Ini

Dua Pakej Menarik Sempena Cuti Sekolah Di Bukit Merah Laketown Resort

BUKIT MERAH: Menjelang musim cuti persekolahan yang bakal tiba, Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) menawarkan dua promosi menarik kepada keluarga mahupun para pelajar untuk berhibur di pusat peranginan tersebut.

Screenshot_2015-10-22-20-46-50_1

Pemangku Pengurus Resort, Mustafa Abu Bakar berkata, pihaknya menawarkan promosi harga runtuh sempena cuti sekolah hujung tahun ini melalui  promosi ‘Year End Amazing Holiday’ (YEAH).

“Promosi YEAH ini memaparkan dua promosi hebat bagi mereka yang ingin bercuti bersama keluarga pada hujung tahun ini iaitu Pakej YEAH dan juga YEAH Park Promotion,”katanya, menerusi satu kenyataan media.

Mengulas lanjut, setiap pakej tersebut turut menyediakan harga yang berbeza dan mempunyai pengisian yang berlainan.

Screenshot_2015-10-22-20-35-11_1

 

“Pakej YEAH merupakan pakej bilik untuk empat orang pada harga hanya RM88.75 seorang termasuk penginapan dua hari satu malam di Laketown Hotel, sarapan pagi untuk empat orang serta tiket Eco Adventure Park (meliputi Taman Air, Taman Eko, Skycycle, bot kayuh/kayak/kanu).

“Bagi mereka yang ingin melanjutkan penginapan bagi malam kedua, harga bilik cuma RM199 termasuklah sarapan pagi untuk empat orang,”jelasnya.

Sementara itu, bagi pakej YEAH Park Promotion, pakej tersebut menawarkan promosi bagi tiket taman tema.

Screenshot_2015-10-22-20-35-16_1

“Tiket Taman Air hanya RM25 (harga biasa RM38) untuk dewasa dan RM20 (harga biasa RM22) bagi kanak-kanak.

“Manakala bagi tiket Eco Adventure Park pula ditawarkan pada harga RM45 untuk dewasa (harga biasa RM54) dan RM35 untuk kanak-kanak (harga biasa RM44).

Sementara itu, seorang pelajar daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Tapah, Afiq Asyraf Ahmad berkata, ini merupakan pertama kalinya beliau berkunjung dan bercuti di resort tersebut.

PERAK TODAY 5-1

“Saya berasal dari Kuala Lumpur dan ini pertama kali datang ke sini selepas tamat peperiksaan.

“Memang agak teruja datang ke sini, tambah lagi resort ini merupakan antara taman tema air yang tertua di negara ini,”kata pelajar semester lima fakulti perakaunan itu.

Seorang lagi rakannya, Fathi Nuqman 21, berkata sebelum datang ke BMLR, beliau turut mencadangkan beberapa tempat lain untuk bercuti bersama rakan-rakannya.

“Saya ada cadangkan beberapa tempat lain, tetapi kami rasa seperti tak banyak aktiviti yang dapat dilakukan di sana.

“Selepas berbincang, kami memutuskan untuk datang ke sini, lagi pun, dekat sini banyak aktiviti menarik seperti Eco Adventure Park dan Pulau Orang Utan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");