Sukan Hari Ini

FAM sedia kemukakan rayuan

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mendapatkan maklumat terperinci terhadap hukuman yang dikenakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) sebelum membuat keputusan.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, FAM hanya mengetahui mengenai keputusan Jawatankuasa Disiplin Fifa itu melalui laman web rasmi badan induk bola sepak dunia itu, berikutan kekacauan dilakukan penyokong tempatan ketika Kelayakan Piala Dunia 2018 antara Malaysia menentang Arab Saudi, 8 September lalu.

“Kita pun tahu keputusan itu daripada laman web Fifa, kami akan mendapatkan maklumat terperinci mengenai keputusan dibuat itu serta asas digunakan untuk menghukum kami.

“Selepas itu FAM akan membuat keputusan sama ada untuk merayu atau sebaliknya,” katanya.

Sementara itu seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad mengakui hukuman dikenakan Fifa agak berat.

“Namun jika ada ruang untuk mengemukakan rayuan, kita perlu ambil kesempatan. Denda mungkin dikurangkan atau dibenarkan bermain dengan penonton,” katanya.

Kelmarin Jawatankuasa Disiplin Fifa semalam mengumumkan FAM dikenakan denda RM180,000 dan amaran manakala perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlangsung tanpa penonton serta kemenangan 3-0 diberikan kepada Arab Saudi susulan insiden kekecohan penonton pada minit ke-88 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 Kumpulan A, di Stadium Shah Alam pada 8 September lalu.

Dalam kejadian berkenaan segelintir penonton tempatan membaling bom asap, membakar suar dan mercun sehingga memaksa perlawanan itu dihentikan dua minit sebelum tamat separuh masa kedua.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");