Perak Hari Ini

Galak Orang Asli Sertai Projek Pembangunan Untuk Tingkat Pendapatan

IPOH: Masyarakat Orang Asli digalakkan untuk turut bersama-sama terlibat dalam aktiviti pembangunan di kawasan mereka bagi menambahkan pendapatan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Datuk Hasnan Hassan berkata, purata pendapatan isi rumah Orang Asli pada masa ini adalah sebanyak RM1,300.

“Kompenan utama RM1,300 itu adalah merupakan dividen-dividen yang mereka terima daripada agensi-agensi pelaksana seperti FELCRA dan juga RISDA. Biasanya mereka akan dapat dividen daripada RM450 hingga RM1,000 sebulan.

“Sebelum ini, kita lihat sebahagian besar masyarakat Orang Asli tidak melibatkan diri dalam projek-projek tanaman sawit dan getah, mereka hanya penerima dividen sahaja,” katanya.

PERAK TODAY 4

Ujarnya, keupayaan yang dimiliki oleh masyarakat Orang Asli tersebut untuk turut terlibat dalam projek pembangunan ekonomi di kawasan mereka mampu meningkatkan pendapatan mereka.

“Oleh itu bagi jangka masa panjang untuk kita mencapai tingkat pendapatan yang lebih tinggi khususnya daripada RM1,300 kepada RM2,500, kita memerlukan penglibatan mereka.

“Katakan mereka berkeupayaan untuk mengutip buah sawit, bekerja sebagai penyelenggara ladang, menanam sawit dan sebagainya, ini dapat menambah pendapatan lebih kurang RM1,200 sebulan.

“Sekiranya mereka bersama dengan agensi-agensi pelaksanaan ini bagi melaksanakan kerja-kerja tanaman dan sebagainya, mereka boleh meningkatkan pendapatan sehingga RM2,500 sebulan,” jelasnya lagi.

PERAK TODAY 3

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Program Peningkatan Profesionalisma Batin-Batin Orang Asli Negeri Perak 2015, di sini, hari ini.

Program berkenaan telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Oleh sebab demikian, beliau berkata lagi, program yang dijalankan pada hari ini adalah untuk membuka minda masyarakat Orang Asli untuk turut bersama-sama terlibat dalam pembangunan di kawasan mereka.

“Itu sebenarnya tujuan kita mengadakan kursus tranformasi profesionalisma ini untuk buka minda masyarakat Orang Asli bahawa mereka bukan menyaksikan pembangunan sahaja… Kita nak mereka menyertai projek-projek ekonomi di tempat mereka,” tegasnya lagi.

PERAK TODAY 1

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan turut memberikan tumpuan yang lebih besar kepada masyarakat Orang Asli.

“Sebagai contoh, bagi tahun 2015 ini, jumlah bajet pembangunan yang diberikan kepada masyarakat Orang Asli adalah RM500 juta.

“Saya yakin dan percaya bahawa bajet pembangunan khususnya untuk membangunkan infrastruktur, aktiviti ladang, usahawan dan juga para pelajar Orang Asli, untuk bajet 2016, sejumlah peruntukan lebih besar akan diumumkan oleh Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu, Program Peningkatan Profesionalisma Batin-Batin Orang Asli Negeri Perak 2015 tersebut telah dihadiri oleh 107 Tok Batin daripada seluruh negeri Perak.

Dalam majlis itu juga, Menteri Besar turut menyampaikan watikah Batin, elaun serta sijil kepada para peserta yang terlibat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");