Membawang Hari Ini

‘Ibu kekuatan saya’

Tidak pernah menyesal dengan apa yang dilakukannya sebelum ini, pelakon Tasha Shilla, 28, menganggap apa yang dilalui setiap hari adalah ujian dan dugaan yang tidak boleh dijangka.

Justeru, dia mengambil pendekatan positif di samping tidak terlalu mengambil kisah apa yang diperkatakan.

Tidak hanya dikaitkan sering berpakaian seksi, Tasha turut terpalit kontroversi membabitkan bekas kekasihnya Hans Wong, baru-baru ini.

“Secara jujur pastinya saya kecewa kerana ada saja kontroversi mengaitkan diri saya. Dalam keadaan saya sedang berehat tanpa sebarang aktiviti lakonan sekarang ini pun saya turut dipalitkan dengan pelbagai kisah tidak elok.

“Namun sebagai artis dan manusia, saya perlu kuat dan kekuatan itu datang daripada ibu saya yang sentiasa bersama-sama walau dalam apa saja keadaan.

“Tanpa dia mungkin saya tidak sekuat sekarang. Ibu sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya,” katanya.

Tasha berkata, selepas hampir enam tahun dia berlakon tanpa henti, kini dia mahu berehat seketika dan tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

Jika sebelum ini Tasha menganggap lakonan untuk mencari rezeki, kini dia mencari kepuasan terhadap setiap watak yang dijayakannya.

“Sudah lama saya bekerja tanpa henti. Sekarang masanya untuk saya merehatkan diri.

“Bukan tidak ada tawaran berlakon, tetapi saya mahu biarlah berlakon datang dari hati.

“Saya mahu mendapatkan kepuasan terhadap lakonan saya. Jika kita melakukannya daripada hati barulah dapat hasil yang memuaskan,” katanya.

Tasha berkata, setakat ini dia belum pernah mendapat watak yang diidamkan.

“Kebanyakan watak yang saya terima semuanya saya pernah lakonkan sebelum ini dan saya terpaksa tolak,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas kehadiran ibunya yang sering mengikutinya ke mana-mana majlis, Tasha berkata, dia selesa diuruskan ibu sendiri.

“Pada awal pembabitan dalam bidang seni memang ibu yang menguruskan saya, tetapi selepas itu dia sibuk berniaga dan kebetulan perlu menjaga anak saudara.

“Sekarang anak saudara semuanya sudah besar dan saya minta dia kembali menguruskan saya. Rasa lebih selamat apabila ibu sendiri menjaga saya.

“Dia lebih tahu luar dan dalam saya. Saya pula memang susah hendak percaya dengan orang luar,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");