Berita Hari Ini

Isu Pembesar Suara: Fahami Maksud Larangan

GEORGETOWN – Ahli jawatankuasa dan pegawai masjid boleh menggunakan budi bicara mengenai apa yang patut dilakukan bagi melaksanakan maksud larangan penggunaan pembesar suara di luar masjid dalam konteks yang sebenar.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, langkah itu perlu supaya larangan yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang baru-baru ini tidak disalahtafsirkan dan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam di negeri ini.

Beliau berkata, masalah timbul apabila golongan tertentu hanya nampak huruf undang-undang dan mengikut bulat-bulat apa yang disebut di dalamnya berbanding orang cerdik yang dapat melihat makna yang terkandung disebalik apa yang tertulis.

“Dalam sejarah Islam sejak zaman Rasulullah SAW sampai sekarang pun kedua-dua golongan itu tetap wujud.

“Golongan yang hanya memahami teks al-Quran dan hadis sering menghalang usaha-usaha tajdid atau pembaharuan kerana ingin mempertahankan makna zahir sesuatu nas atau teks, sedangkan reformis biasanya ingin melaksanakan apa yang tersirat disebalik sesuatu nas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, satu lagi masalah umat Islam masa kini ialah menghidap penyakit nostalgia yang mengutamakan pandangan lama dan menolak idea baharu bertujuan menyesuaikan agama Islam dengan perkembangan dunia moden.

Sehubungan itu, Wan Salim berkata, fatwa larangan menggunakan pembesar suara luar di masjid dan surau di seluruh negeri ini harus dilihat kepada kesan jangka panjang dan matlamat yang ingin dicapai di sebaliknya untuk kepentingan individu dan masyarakat seperti dikehendaki syarak.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");