Berita Hari Ini

Isytihar darurat jika IPU cecah 500

SHAH ALAM – Majlis Keselamatan Negara (MKN) memantau indeks pencemaran udara (IPU) susulan bacaan tertinggi yang direkodkan kelmarin, iaitu 308 di Shah Alam, Selangor akibat bencana jerebu tahun ini.

Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, darurat bencana jerebu hanya akan diisytiharkan sekiranya IPU mencecah 500.

“Sekiranya darurat dikuatkuasakan, semua premis awam serta swasta termasuklah kilang, ladang dan kawasan pembinaan akan ditutup,” katanya.

Katanya, arahan penutupan itu tidak termasuk perkhidmatan air, elektrik, kesihatan, keselamatan, komunikasi, pengangkutan, kewangan serta pembekal bahan bakar.

Menurutnya, pada peringkat awal, MKN akan mendapatkan statistik jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di semua hospital negeri-negeri yang terjejas akibat jerebu.

“Data ini perlu untuk mengetahui jumlah mereka yang terjejas kesihatannya disebabkan bencana ini agar tindakan pencegahan dapat dibuat,” katanya.

Malaysia pernah mengumumkan darurat bencana jerebu tiga kali, yang pertama pada 19 September 1997 di Sarawak, apabila bacaan IPU mencecah 600, sebelum Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang pada 11 Ogos 2005 (IPU melebihi 500) dan terakhir di Muar dan Ledang, Johor pada 23 Jun 2013 (IPU melebihi 500).

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");