Perak Hari Ini

Jerebu: Bacaan IPU Di Perak Menurun Setakat Jam 10 Pagi

IPOH: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kesemua kawasan sekitar Perak telah mencatatkan menunjukkan penurunan berbanding semalam setakat jam pukul 10 pagi hari ini.

Namun begitu, menerusi laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), empat kawasan di negeri ini mencatatkan bacaan indeks udara tidak sihat.

Kawasan yang mencatatkan IPU yang tidak sihat ialah Jalan Tasek, Ipoh (114), Kampung Air Putih, Taiping (153), SK Jalan Pegoh, Ipoh (137) dan Seri Manjung (133).

Tanjung Malim pula mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu 133.

Bacaan IPU 0-50 merujuk kepada kadar kualiti udara yang baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), amat tidak sihat (201-300) dan 300 ke atas adalah berbahaya.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai status jerebu di Perak dan negeri-negeri lain boleh melayari laman web JAS di apims.doe.gov.my.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");