Perak Hari Ini

Jerebu: Empat Kawasan Di Perak Catat IPU Tidak Sihat

IPOH: Empat kawasan di negeri ini menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat sehingga jam 2 petang, hari ini.

Menerusi laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), sehingga jam 2 petang tadi, Jalan Pegoh di sini mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 193, diikuti Jalan Tasek, Ipoh (166), Kampung Air Putih Taiping (168), dan Seri Manjung (135).

Sementara itu, bacaan IPU di Tanjong Malim mencatatkan bacaan IPU tahap sederhana (94) sehingga jam 1 petang tadi.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah mengumumkan bahawa semua sekolah di Semenanjung diarahkan tutup selama dua hari, bermula esok.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan akan sentiasa memantau keadaan jerebu di Sabah dan Sarawak dari masa ke semasa.

Katanya lagi, sekolah-sekolah yang ditutup tidak perlu menggantikan hari persekolahan mereka.

Bagaimanapun, peperiksaan awam akan diteruskan mengikut jadual dan kkementerian akan membantu calon-calon dan memberi peringatan agar calon sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan semasa bencana jerebu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");