Sukan Hari Ini

Jerman tak patut kalah

REPUBLIK Ireland mengejutkan juara dunia, Jerman dengan merekodkan kemenangan, 1-0, dalam aksi Kumpulan D Kelayakan Euro 2016, semalam.

Bagi pengendali Die Mannschaft, Joachim Loew, Jerman tidak seharusnya kalah.

Ini kerana dalam aksi yang berlangsung di Stadium Aviva itu, Jerman menguasai perlawanan dan memiliki banyak peluang untuk menggegar jaring tuan rumah.

Bagaimanapun pada minit ke-70, Shane Long memastikan Ireland mendahului pasukan pelawat sehingga ke wisel penamat.

Jerman yang masih menerajui kumpulan dengan 19 mata selepas ini akan berdepan Georgia, Isnin ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");