Jenayah

Jumpa mayat busuk tepi rumah

KOTA BHARU: Tanda tanya punca bau busuk penduduk di Kampung Sireh membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan lengkap berpakaian di tepi rumah usang di sini, semalam.

Mayat seorang lelaki itu ditemui beberapa penduduk kampung di kawasan itu kira-kira jam 12.30 tengah hari selepas terhidu bau busuk ketika melalui kawasan berkenaan.

Penduduk yang ingin tahu punca bau itu membuat pemeriksaan sekitar kawasan berkenaan sebelum menemui mayat dalam keadaan terlentang.

Seorang penduduk kampung kemudian memaklumkan penemuan mayat itu kepada anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk siasatan lanjut.

Seorang peniaga, Siti Khadijah Said, 55, mangsa yang dikenali sebagai Yie dan dipercayai berasal dari Terengganu itu sering ke kedainya untuk minum pagi.

Beliau berkata, Yie dipercayai tinggal di rumah usang itu seorang diri dan hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan penduduk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menurutnya tiada dokumen perjalanan diri ditemui bersama mangsa.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat.

Rohaimi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil membantu siasatan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");