Berita Hari Ini

Kerajaan Akan Pastikan Peraturan TPPA Adil Kepada PKS

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan rundingan mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan mengemukakan peraturan yang adil kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menjalankan kajian kos faedah ke atas kesan perjanjian tersebut kepada PKS.

“Dan saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan PKS diberi urus niaga yang adil pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penyelesaian Kewangan dan Perniagaan PKS 2015 di sini Khamis.

Beliau berkata Malaysia adalah sebuah negara perdagangan dan perlu memanfaatkan TPPA selain lebih banyak kajian mengenai kesan perjanjian tersebut turut diperlukan.

“Saya faham PKS bimbang mereka akan ketinggalan apabila syarikat-syarikat multinasional dari negara-negara maju menyertai atau melabur di negara kita dengan jumlah yang besar apabila perjanjian itu dilaksanakan.

“Tetapi mereka tidak perlu bimbang kerana kami akan memastikan kebimbangan mereka (PKS) diambil kira dan lebih banyak maklumat mengenai kelebihan perjanjian itu akan diberi kepada mereka,” katanya.

Wee berkata malah, perjanjian itu akan membuka perniagaan Malaysia kepada pasaran yang menyumbang 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar dunia.

“Ia merupakan permulaan kepada pasaran yang lebih besar bagi PKS kerana mereka boleh mengakses dan menggalakkan keyakinan pelabur dalam pasaran Malaysia. Kami menggalakkan mereka (PKS) mengambil peluang dengan meneroka pasaran antarabangsa,” katanya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");