Sukan Hari Ini

Kien Keat-Boon Heong mara final

HANYA selangkah sahaja lagi buat beregu lelaki negara, Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong untuk meraih gelaran ketiga antarabangsa tahun ini selepas mara ke final Grand Prix (GP) Emas Terbuka Thailand 2015 semalam.

Pada perlawanan separuh akhir di Bangkok itu, Kien Kiat-Boon Heong mengejutkan pilihan kedua dari Indonesia, Angga Pratama-Ricky Karanda Suwardi selepas berhempas pulas dengan kemenangan 21-19 17-21 21-16 dalam masa 52 minit.

Menanti bekas beregu lelaki nombor satu dunia itu hari ini beregu Indonesia sama ada pasangan Wahyu Nayaka Arya Pankaryanira-Ade Yusuf atau Gideon Markus Fernaldi-Kevin Sanjaya Sukamuljo.

Menurut Boon Heong, mereka memang bersedia sebaik mungkin ketika berdepan Angga Pratama-Ricky Karanda Suwardi, hasilnya kemenangan menjadi milik mereka.

“Selepas memenangi set pertama, kami terlalu gopoh untuk menang dan set kedua kami tewas.

“Tapi, kami bangkit dan melihat kesilapan mereka, kami mengambil kesempatan itu dengan baik.

“Apa pun kami sudah ke final dan hanya mahu fokus perlawanan esok (hari ini). Sudah tentu kami mahu yang terbaik,” katanya.

Untuk rekod, naib juara Kejohanan Dunia 2010 itu sudah meraih dua gelaran sejak membuat kemunculan semula Mei lalu iaitu Cabaran Antarabangsa Sri Lanka pada Jun disusuli Cabaran Antarabangsa Rusia pada Julai.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");