Isu Panas

‘Kit Siang tak pernah beri komen baik’

SEREMBAN – “Mana ada satu komen yang baik pun daripada Lim Kit Siang, itulah standard dia,” kata Timbalan Menteri Pendidikan II, Senator Chong Sin Woon.

Beliau berkata kepada media ketika diminta mengulas kenyataan Penasihat DAP itu yang mengatakan dirinya tidak layak memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan berhubung kenyataannya mengenai sistem persekolahan di negara ini.

Katanya, kenyataannya sebelum ini disalah tafsir dan apa yang dia mahu katakan adalah tiada mana-mana sekolah pun di negara ini yang melahirkan mereka bersifat perkauman.

“Bila saya beri komen, saya nak nyatakan bahawa saya mahu buktikan sekolah tidak lahirkan mereka bersifat perkauman tidak kira dari sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama atau sekolah lain.

“Sebabnya sistem pendidikan kita dan rangka kokurikulum ditetapkan di bawah kementerian, ia adalah standard,” katanya selepas hadir pada Konvensyen Pendidikan Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Besar Malaysia, semalam.

Malah beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana menganggap memberi komen mengenai pemimpin DAP terbabit adalah membuang masa.

Memang dah kerja dan tugas dia minta orang letak jawatan, dilucut jawatan dan keluar Barisan Nasional. Itu saja mampu diungkapkan beliau sejak berpuluh tahun,” katanya.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");