Membawang Hari Ini

Konsert Siti tampilkan Ramli Sarip, Hetty Koes Endang

Kuala Lumpur: Masalah mendapatkan penaja menyebabkan penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza, 36, terpaksa menunda Konsert Muzikal Siti Nurhaliza yang dijadual berlangsung pada 4 hingga 11 November depan.

“Saya sudah mencuba sehingga hujung September bagi mendapatkan tajaan namun gagal. Saya faham ketika ini masing-masing ada masalah kewangan.

“Justeru saya bersama pasukan mengambil keputusan menggantikan konsert itu dengan Konsert Satu Suara Vol 2 yang walaupun berlangsung hanya dua hari, saya berharap peminat dapat datang dan memberi sokongan. Saya berjanji memberikan persembahan terbaik,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Konsert itu bakal diadakan di Istana Budaya pada 7 dan 8 November depan turut menampilkan dua penyanyi legenda, Datuk Ramli Sarip dan Hetty Koes Endang.

“Ini adalah persembahan berskala besar pertama saya bersama dua legenda muzik itu. Satu penghargaan buat saya apabila mereka bersetuju terbabit dalam konsert ini,” katanya.

Konsert itu adalah kesinambungan siri pertama konsert sama pada 2010 yang ia menampilkan Aizat dan Faizal Tahir sebagai penyanyi jemputan.

Tiket konsert itu boleh dibeli mulai 9 Oktober ini menerusi AirAsiaRedtix dengan harga RM78, RM108, RM218, RM238, RM258, RM278, RM338 dan RM518.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");