Panasnya Hari Ini

KPN Sangkal Dakwaan FBI Siasat Najib

KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa terdapat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat telah memulakan siasatan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung skandal 1MDB.

Memetik sumber daripada Freemalaysitoday, dakwaan itu disangkal oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, merujuk kepada penyebaran sebuah artikel di media sosial baru-baru ini.

“Saya merujuk kepada beberapa artikel yang disebarkan di dalam media sosial yang mendakwa pihak FBI telah memulakan siasatan ke atas 1MDB dan Perdana Menteri.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menerima sebarang pemakluman berhubung siasatan yang dijalankan oleh pihak FBI.

“Agensi terbabit juga tidak memohon untuk mendapatkan sebarang bentuk bantuan daripada PDRM berhubung perkara yang sama,” katanya.

Khalid turut menasihatkan semua pihak yang ingin mendapatkan pengesahan berkaitan perkara tersebut untuk berhubung terus dengan pihak FBI di Washington sebelum menerima dan mempercayai berita yang tersebar di media sosial.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");