Panasnya Hari Ini

Kuasa Presiden PKR Tidak Boleh Dirampas -Tian Chua

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua hari ini menegaskan bahawa jawatan presiden parti telah dipilih oleh ahli secara lantikan dan tiada cara untuk merampas jawatan itu.

Kenyataan itu dibuat selepas Chegubard mendakwa rampasan jawatan Presiden parti, Datuk Wan Azizah Wan Ismail akan dilakukan oleh kumpulan penyokong Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Tian Chua juga menyatakan bahawa beliau tidak tahu bagaimana untuk merampas jawatan presiden itu dan yakin tidak ada cara untuk melakukan perbuatan tersebut.

“Semak dahulu Perlembagaan parti yang sangat jelas. Presiden dipilih melalui pemilihan umum oleh ahli parti. Satu orang satu undi”.

“Kalau ikut DAP itu bolehlah. Mereka melantik jawatankuasa kerja yang kemudian melantik Presiden. PKR berbeza, PKR dilantik terus oleh ahli,” ujarnya memetik laporan Free Malaysia Today.

Tian Chua juga enggan mengulas lebih lanjut apabila ditanya adakah PKR akan mengambil tindakan terhadap dakwaan Chegubard itu.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Prof. Madya. Dr. Shaharuddin Baharuddin juga tidak mahu memberi apa-apa komen mengenai dakwaan Chegubard.

“Saya tak mahu bercakap mengenai perkara itu. Mengarut sahaja,” ujarnya.

Semalam, Chegubard telah mendakwa bahawa rampasan kuasa Wan Azizah akan dilakukan oleh kumpulan penyokong Azmin dalam blognya.

Foto- Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");