Sukan Hari Ini

Laluan Kedah masih belum selamat

BIARPUN kembali merampas pendahulu Kumpulan A Piala Malaysia selepas menjinakkan Lions XII 2-0 di Stadium Darul Aman, kelmarin, Kedah tetap percaya laluan ke suku akhir masih berliku kerana perlu bertandang ke laman lawan pada dua aksi terakhir kumpulan.

Tampil dengan misi hanya kemenangan mampu membuka kembali peluang Kedah bersaing merebut slot lapan terbaik Tan Cheng Hoe berkata, pemainnya membuktikan semangat juang tinggi menerusi asakan ke kubu lawan sebaik babak pertama perlawanan.

Katanya, beliau berpuas hati persembahan setiap pemain Kedah biarpun masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki sepanjang tempoh rehat dua minggu ini sebelum saingan kembali bermula pada 17 Oktober depan.

“Kami masih lagi tidak boleh selesa berikutan perlu menghadapi dua perlawanan berturut-turut di laman lawan selepas ini malah situasi ini sangat menuntut komitmen fizikal dan mental yang tinggi dari pemain,” katanya selepas perlawanan.

Chidi Edeh berjaya membantu meningkatkan kembali keyakinan dan peluang Hijau Kuning dalam saingan Piala Malaysia menerusi dua gol menariknya ke atas Lions XII selepas mereka tewas mengejut kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) II minggu lalu.

Dengan kelebihan perbezaan gol dimiliki skuad Cheng Hoe itu, Kedah kini berkongsi tujuh mata dengan Lions XII yang berada di tangga kedua kumpulan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");