Sukan Hari Ini

Lydia tak tertekan

Kuala Lumpur: Hadir sebagai pemain nombor dua dunia tidak memberi tekanan kepada pemain New Zealand Lydia Ko menjelang Sime Darby LPGA 2015, malah dia hanya mahu menikmati kejohanan ini tanpa sebarang sasaran ditetapkan.

Menurutnya, meletakkan sebarang sasaran kejohanan disertai akan memberikan tekanan kepada diri sendiri. Justeru, dia tidak mahu fikirannya terganggu terutama sebelum melakukan pukulan tee.

“Saya tidak memikirkan mengenai rekod atau sasaran apabila beraksi kerana saya akan mengambil satu demi satu pusingan,” katanya yang mencipta rekod muncul pemain termuda pada usia 18 tahun menduduki ranking nombor satu dunia Februari lalu.

Jelasnya, dia hadir di kejohanan ini untuk cuba menikmati lapangan Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) selain beraksi sebaik mungkin tanpa sebarang tekanan.

“Saya percaya permainan akan menjadi lebih baik jika anda gembira beraksi di lapangan. Lagipun, ramai pemain hebat berada di sini, jadi bukan masa sesuai untuk mengakui saya akan muncul juara hujung minggu ini.

“Banyak perkara lain harus diberi perhatian tapi jika saya menang, ia akan menjadi kenangan manis tapi itu perkara terakhir saya fikirkan,” katanya yang muncul juara Kejohanan The Evian 2015 bulan lalu.

Lydia berkata, sembilan pemain dalam ranking 10 terbaik dunia beraksi di kejohanan ini membuktikan kejohanan ini antara yang menjadi kegemaran kebanyakan pemain.

“Tahun lalu saya bermain dengan baik di sini, walaupun tidak muncul juara. Saya menghabiskan masa di sini dengan gembira sekali terutama ketika beraksi bersama penyandang juara Feng Shanshan (China),” katanya.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");