Jenayah

Menyamar polis ugut warga asing

NILAI: Taktik seorang lelaki menyamar sebagai anggota polis sejak setahun lalu bagi memeras ugut warga asing terbongkar apabila dia ditahan, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Zaldino Zaludin berkata, suspek berusia 41 tahun ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan kira-kira 5.30 petang di Labu, Batu 10, di sini.

Menurutnya, penahanan suspek dibuat susulan laporan polis berhubung kes rompak terhadap seorang lelaki warga asing di Nilai Spring Villa, September lalu.

“Dalam kejadian itu, semasa mangsa sedang menunggang motosikal seorang diri, dua lelaki yang juga menunggang motosikal telah menahan mangsa.

“Suspek memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan meminta mangsa menunjukkan pasport dan lesen,” katanya.

Menurutnya, ketika mangsa mengeluarkan dompet dari poket seluar, suspek kemudian merampas dompetnya lalu mengambil wang tunai RM400 sebelum melarikan diri.

Merujuk kepada kes tersebut, katanya, suspek mengaku terlibat dalam kes itu dan mula melakukan kegiatan menyamar sebagai polis sejak setahun lalu.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");