Sukan Hari Ini

Messi Dan Bapanya Bakal Dipenjara 22 Bulan

BINTANG bola sepak dunia Lionel Messi bakal dihadapkan ke mahkamah berikutan penipuan cukai di Sepanyol apabila pendakwaraya berhujah dia dan bapanya perlu dipanggil ke kandang tertuduh.

Pemain Argentina itu sebelum ini selamat daripada dipanggil ke mahkamah apabila bapanya memberitahu pemain Barcelona itu tidak mengetahui mengenai pendapatannya kerana perkara tersebut diuruskan keluarga.

Bagaimanapun hakim memutuskan untuk memanggil Messi bagi menerangkan mengenai beberapa bukti dan mendapatkan keterangan lanjut.

Namun, tiada tarikh ditetapkan untuk Messi hadir ke mahkamah setakat ini.

Jika disabit kesalahan, Messi dan bapanya boleh dipenjara selama 22 bulan.

Kedua-dua beranak itu dituduh menggunakan satu rangkaian syarikat palsu di Belize dan Uruguay untuk mengelak daripada membayar cukai sebanyak €4.16 juta (£2.72m) hasil pendapatan Messi melalui penjualan hak imej bagi cukai 2007, 2008 dan 2009.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");