Sukan Hari Ini

Nafiizwan tekad pamer aksi terbaik

Kuala Lumpur: Semangatnya tidak luntur dan atlet skuasy negara Nafiizwan Adnan (gambar) akan tetap memberikan yang terbaik buat negara biarpun terpaksa menempuhi laluan berliku dalam usahanya mengharumkan nama negara di peringkat Asia mahupun dunia.

Keinginan berhijrah ke luar negara bagi memastikan kualiti permainannya terus meningkat berdepan masalah apabila pembiayaannya tidak ditanggung sepenuhnya Majlis Sukan Negara (MSN) yang mempersoalkan kewajarannya untuk ke Eropah ketika negara menyediakan jurulatih berkualiti di tanah air.

Biarpun begitu, Nafiizwan bertekad untuk meninggalkan negara dan kini berada di Manchester bagi meneruskan hasratnya memburu kejayaan demi karier dan masa depannya.

Katanya, apa yang dilakukannya kini adalah untuk negara dan pemergiannya ke Manchester bukan untuk suka-suka dan dia perlu membuktikan dia mampu menjadi lebih baik.

“MSN selalu mempersoalkan prestasi dan ranking dunia saya. Apabila saya sudah bertekad untuk berhijrah bagi memenuhi tujuan dan sasaran yang ditentukan MSN mereka tidak pula memberi bantuan yang diperlukan kepada saya.

“Saya tahu jika saya terus berada di Malaysia prestasi saya tidak akan meningkat dan akan terus di takuk lama. Sudah pastilah ranking saya tidak akan dapat diperbaiki.

“Saya amat berharap MSN mempertimbangkan keinginan saya untuk berpangkalan di luar negara dan kembali membiayai kos sepanjang saya di Manchester,” katanya.

Bekas juara Asia itu kini berada di Manchester menggunakan pembiayaan sendiri tanpa ditanggung oleh MSN bagi mempersiapkan diri menyertai Terbuka Amerika Syarikat yang akan bermula Khamis ini.

– Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");