Sukan Hari Ini

Pacquiao hasrat bersara, mahu tumpu karier politik

MANILA: Bintang tinju Filipina, Manny Pacquiao menyuarakan hasratnya untuk bersara, tahun depan bagi memberi fokus kepada karier politik terutama cita-citanya untuk bergelar senator.

Begitupun, pemenang lapan kejuaraan dunia dalam pelbagai divisyen berat badan itu berharap untuk mengharungi satu lagi perlawanan sebelum bersara.

“Saya fikir saya bersedia (untuk bersara). Saya sudah berada dalam bidang tinju untuk lebih 20 tahun,” kata Pacquiao, 36 kepada stesyen televisyen tempatan, ABS-CBN. “Saya memohon petunjuk daripada tuhan dan gembira mengenainya.”

Pacquiao muncul peninju profesional ketika berusia 16 tahun dan memenangi 57 perlawanan termasuk 38 knockouts dan tewas enam.

Tiga daripadanya kekalahan itu adalah knockout dengan dua seri. Begitupun, kekalahan yang paling diingati ialah pada Mei lalu apabila Pacquiao tewas kepada peninju Amerika Syarikat, Floyd Mayweather dengan keputusan sebulat suara pengadil.

Ahli kongres sejak 2010, Pacquiao mengumumkan akan bertanding bagi kerusi senator pada pilihanraya umum yang dijadual pada Mei tahun depan. “Saya perlu melepaskan beberapa perkara yang memerlukan tumpuan saya.

Jika kamu senator, fokus kamu seharusnya hanya kepada kerja dan keluarga kamu,” katanya.

Begitupun, sebelum pilihanraya nanti, Pacquiao berkata dia merancang untuk kembali ke gelanggang tinju yang menjadikannya salah seorang ahli sukan terkaya di dunia buat kali terakhir.

Sekalipun belum menentukan lawannya, dia tidak menolak untuk mengadakan perlawanan ulangan bersama Mayweather sekalipun peninju itu sudah mengumumkan persaraannya. – AFP

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");