Jenayah

Peniaga, pekerja kilang dituduh bunuh

Kluang: Seorang peniaga dan pekerja kilang dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, semalam terhadap pertuduhan membunuh seorang lelaki di Layang-Layang, dekat sini, pada bulan lalu.

L Gopu, 34 dan V Suresh, 35, yang berpakaian lokap dilihat hanya mengangguk tanda memahami pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nuruhuda Md Yusof.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Mereka bersama seorang lagi individu yang masih bebas didakwa membunuh Aris Nakam, 44, di dalam kebun kelapa sawit Kampung SC, Layang-layang, kira-kira jam 6.30 petang, pada 13 September lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");