Sukan Hari Ini

Pentas bakat baru

Kuala Lumpur: Presiden Kelab Rekreasi dan Kebajikan Bekas Pemain Sepak Takraw Malaysia, Rommi Suhendra Norsal memuji penganjuran Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan yang bermatlamat melahirkan pemain kebangsaan pada masa akan datang.

Menurutnya, tidak kira siapa atau mana-mana pihak yang menganjurkan acara sukan berkenaan matlamat dan tujuannya tetap sama iaitu melahirkan pemain berbakat untuk menjadi pelapis kepada pemain kebangsaan sekarang ini.

“Kita bukan bersaing untuk mencari pengurusan kejohanan mana lebih baik atau tidak, tapi ia adalah untuk pembangunan sepak takraw Malaysia sendiri,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Jelasnya, jika bekas pemain sekali pun menganjurkan kejohanan itu matlamatnya tetap sama bukannya untuk bersaing dengan mana-mana pihak.

“Kita harus ikut saranan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar iaitu sukan ini harus dimartabatkan di Malaysia. Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) harus menyokong mana-mana pihak yang ingin menganjurkan kejohanan sukan ini dan memberi kerjasama lebih baik.

“Dengan sepak takraw kita boleh mencari kawan, bukannya mencari lawan. Sekarang kita lihat ia sesuatu yang positif apabila banyak kejohanan sepak takraw dianjurkan. Pemain juga akan berasa lebih gembira apabila sukan ini seperti sudah dihidupkan kembali,” katanya.

Kata Rommi, pihaknya berasa berbangga dengan adanya perubahan dari pihak PSM, seperti penganjuran Grand Prix dan Sepak Takraw League (STL) serta berharap banyak lagi pihak tampil menganjurkan kejohanan sukan berkenaan.

“PSM harus memberi sokongan kepada kejohanan ini (Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan dengan mengabaikan cakap-cakap mana-mana pihak di media massa. Apa saja penganjuran kejohanan tidak perlu untuk dijadikan perbandingan termasuk dari segi jumlah pemberian hadiah kepada pemenang.

“Kebanyakan yang menyertai Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan adalah anak muda yang boleh menjadi pelapis kepada pemain sedia ada pada masa akan datang.

“Hampir 90 peratus pemain yang beraksi pada kejohanan ini tidak pernah mewakili mana-mana negeri dan bertanding di peringkat kebangsaan. Bagi bekas pemain kami berasa bangga banyak kejohanan dianjurkan sekarang,” katanya.

– Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");