Perak Hari Ini

PIDD Pangkor :’Satellite Event’ Platform Perbincangan Isu-Isu Semasa

IPOH: ‘Satellite Event’ merupakan salah satu program yang bakal dijadikan medan bagi membincangkan isu-isu semasa menerusi program Pangkor International Develiopment Dialogue (PIDD) 2015.

Idea untuk penganjuran program berkenaan timbul apabila Institut Darul Ridzuan (IDR) sedar terdapat keperluan untuk mengenal pasti dan mencari penyelesaian isu-isu yang dihadapi kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IDR, Dr. Mazalan Kamis, agensi-agensi yang sesuai telah dikenal pasti unutk berkerjasama dalam membincangkan isu-isu ini dengan melibatkan pakar-pakar dalam bidang yang berkaitan.

Pihak IDR juga katanya bakal menyediakan satu bilik seminar yang mampu memuatkan seramai 40 orang peserta dan bilik seminar ini lengkap dengan PA sistem dan projektor LCD.

Sebanyak 12 ‘Satellite Event’ yang akan dianjurkan dalam PIDD2015 dan sebanyak 6 ‘Satellite’ dijadualkan berlangsung pada hari pertama, 19 Oktober 2015 manakala 6 lagi pada hari kedua, 20 Oktober 2015.

12 tajuk juga bakal dibentang dan dibahaskan yang melibatkan tajuk-tajuk merangkumi isu ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Selain mendapat ilmu pengetahuan dan berkongsi maklumat mengenai isu-isu semasa, peserta juga berpeluang menjalinkan rangkaian korporat untuk perkembangan peribadi dan perkongsian strategik.

Dalam pada itu, penganjuran PIDD juga adalah salah satu usaha untuk menjadikan negeri Perak sebagai pusat pecetusan dan perbincangan idea selaras dengan gagasan negeri ini.

PIDD 2015 bakal berlangsung di Hotel Casuarina, Meru selama tiga hari bermula 19 Oktober sehingga 21 Oktober depan.

Seminar tiga hari tersebut bakal membincangkan mengenai ekonomi, sosial dan inovasi, perkembangan ekonomi, budaya dan persekitaran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");