Jenayah

Pindah minyak tanpa dokumen

Johor Bahru: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua kapal disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak dan sebuah lagi yang berlabuh tanpa kebenaran di perairan Pengerang, Kota Tinggi dekat sini, petang semalam.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata, dua kapal MT Vitology dan MT An Phu ditahan kira-kira 3 petang di kedudukan 2.3 batu nautika tenggara Tanjung Ayam, dekat sini.

“Dua kapal ini ditahan ketika MT Vitology yang berdaftar di Malabo, Equatorial Guinea, sedang memindahkan 80,000 liter minyak disyaki jenis MGO ke kapal MT An Phu tanpa sebarang dokumen,” katanya.

Beliau berkata, pada masa yang sama, kapal MT Golden Prosperity tanpa muatan kargo ditahan selepas didapati berlabuh tanpa kebenaran dan tidak membayar dius api serta gagal melaporkan ketibaan kapal di perairan Tanjung Ayam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 49 1B(1)(k) dan Seksyen 49 1B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 serta Seksyen 3 Akta Dius Persekutuan 1953.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");