Panasnya Hari Ini

PROTON Lancar DRB-HICOM Elite Card

KUALA LUMPUR: Demi menghargai kesemua pengguna PROTON di Negara ini, PROTON Holdings Berhad (PROTON) semalam telah mengumumkan satu program kesetiaan yang membolehkan kesemua penggunanya yang berdaftar untuk memiliki Kad Elite untuk menikmati faedah eksklusif yang ditawarkan.

Kad yang dikenali sebagai DRB-Hicom Elite yang dilancarkan pada Karnival ALAMI Proton yang berlangsung pada 3 dan 4 Oktober lalu membolehkan para pengguna PROTON mendaftar keahlian secara percuma.

Menerusi kenyataan media, semua pendaftaran yang dilakukan semasa Karnival PROTON Alami pada minggu lalu layak menerima 300 Mata Elite dibawah Program Elite PROTON DRB-HICOM bagi pemilik PROTON.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, pihaknya akan sentiasa mencari idea baru untuk menghargai para pengguna.

“Kami sentiasa mencari idea baru untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan kami dan melalui program baru ini, ianya membolehkan kami untuk menawarkan pengalaman kelas pertama di seluruh negara.

“Dengan menggunakan Kad Elite ini, pemilik PROTON dan keluarga mereka diberi lebih nilai kepada pengalaman baharu pemilik PROTON,”katanya.

Program kad elit yang berdasarkan kutipan mata dan tebusan bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pengguna dengan satu Elite bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di mana-mana cawangan PROTON atau peniaga lain yang mengambil bahagian.

“Ahli-ahli boleh melihat mata Elite yang terkumpul dan tarikh luput dengan log masuk ke laman web www.drb-hicomelite.com atau menghubungi talian Elite, 1 300 888 303.

Sebagai ahli Elite, pengguna PROTON dapat memperoleh beberapa kelebihan termasuklah Home Assist, Lifestyle Assist and Concierge Assist, Accident and Breakdown Towing Assistance dan Emergency Roadside Assistance and Discounts and Perks Redemption.

Bagi Home Assist, ahli boleh menggunakan kelebihan sebagai ahli bagi perkhidmatan dan pembaikan pendingin udara, pembaikan pendawaian elektrik, kunci dan sebagainya.

Bagi Lifestyle Assist and Concierge Assist, ahli boleh mendapatkan bantuan seperti tempahan hotel dan restoran, penghantaran bunga dan juga tiket.

Sementara itu, bagi Discounts and Perks Redemption, ahli berhak untuk mendapat diskaun istimewa sehingga 30 peratus ke atas harga yang dipamerkan di hotel atau resort terpilih.

Ahli-ahli program ini juga layak menerima diskaun sebanyak lima peratus daripada kadar premium bagi pembaharuan insuran motor yang dibuat melalui Program Elite DRB-Hicom di Multi Service Automotif and Assist (MASA), anak syarikat DRB-HICOM Berhad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");