Sukan Hari Ini

Putera Adam tak gentar pelumba Itali

Kuala Lumpur: Empat perlumbaan di Itali bulan ini akan menguji kemampuan sebenar Putera Adam Halim Muazzam selepas pelumba negara itu muncul juara keseluruhan termuda saingan go-kart Cabaran Rotax Max Asia 2014.

Peluang pelumba berusia sembilan tahun itu untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi hadir susulan kejayaan muncul juara Micromax dalam musim sulungnya di Cabaran Rotax Max Asia 2014 yang biasanya dikuasai pelumba berusia 12 tahun.

Dalam perlumbaan Asia musim ini, Putera Adam kekal konsisten apabila tujuh kali menaiki podium.

“Saya masih muda dalam dunia perlumbaan ini dan peluang untuk bersaing di Itali nanti perlu saya gunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan lagi skil pemanduan.

“Ia pasti memberikan satu pengalaman baru apabila dapat berlumba dengan pelumba muda berbakat di Eropah dan saya akan cuba mendapatkan keputusan yang baik,” katanya.

Mulai 9 Oktober ini, dia akan beraksi dalam empat saingan elit kategori “Mini Rok” bermula dengan Bridgestone Supercup di Lonato Del Garda Itali.

Selain meneruskan latihan pusat di Itali, dua lagi saingan di Lonato Del Garda membabitkan perlumbaan Rok Cup International dan 44 Trofeo Delle Industries.

Dia kemudian akan melengkapkan jelajah Itali di Venice menerusi Piala Akhir WSK bermula 29 Oktober hingga 1 November.

Putera Adam yang kini bernaung di bawah agensi sukan MVP Sports Agency diberikan kebebasan untuk mencongak kerjaya dalam sukan permotoran.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");