Sukan Hari Ini

Selangor Elit pertahan juara

MESKIPUN sudah berusia dan meninggalkan lapangan bola sepak, pasukan Selangor Elit masih berbisa dengan menumpaskan Veteran Sabah pada aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Kajang, minggu lalu.

Pada perlawanan tersebut, Selangor Elit menang 4-2 dan jaringan disumbangkan Shahrin Majid yang melakar hatrik di samping satu gol dari Segaran.

Manakala, lawan membalas menerusi Billy Ton yang meledak dua gol.

Pertemuan itu juga mengimbas kembali nostalgia kedua-dua pasukan pada suasana era sebelum semi-pro, di mana kejohanan liga daerah rancak dianjurkan, dan dibanjiri rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Pemain yang menjadi tumpuan pastinya Matlan Marjan, Shahril Arsat, Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Yap Wai Loon dan lain-lain deretan bintang bola Malaysia yang berjasa.

“Majlis berjalan secara santai, perlawanan yang dibanjiri oleh ramai penyokong Sabah dan Selangor ini menerima sambutan hangat daripada penduduk setempat serta para pendukung bola sepak Malaysia.

“Bermula dengan majlis penyerahan replika cek bernilai RM3000 kepada dua bekas pemain Selangor yang di timpa musibah, Azhar Mohd Sharif (strok) dan Mohd Khasim Abdullah (sakit jantung).

“Kedua-dua pemain ini pernah menyarung jersi Merah Kuning era 80-an dan 70-an,” kata kenyataan itu.

Sumbangan tersebut disempurnakan Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mewakili Exco Kesihatan, Kebajikan, Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");