Berita Hari Ini

Sistem Parol Bebaskan 10,664 Banduan Sejak 2008

KUALA LUMPUR: Seramai 10,664 banduan dibebaskan menerusi pelaksanaan sistem parol sejak ia diperkenalkan pada Jun 2008.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah itu daripada 11,344 yang diawasi menerusi program itu.

“Jumlah itu adalah antara 30 Jun 2008 hingga 21 September.

“Setakat ini, didapati sistem berkenaan memberi impak positif. Bukan sahaja kerajaan dapat mengurangkan kos, malahan bekas banduan juga diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan di luar penjara,” katanya pada majlis perasmian program U-Turn terbitan TV Alhijrah dan Kementerian Dalam Negeri.

Ahmad Zahid berkata, hanya 0.53 peratus daripadanya gagal mematuhi prosedur yang ditetapkan dan dihantar semula ke penjara.

“Kadar banduan yang mengulangi kesalahan atau residivis juga menurun daripada 38 peratus kepada 7.6 peratus sepanjang tujuh tahun,” katanya.

Sistem parol membolehkan banduan dibebaskan lebih awal dan melalui proses pemantauan selain perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk tempoh tertentu.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");